top of page

Ultra Medic Rider-Medical Card

Rider Ultra Medic memberikan anda ketenangan bila tiba masa untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang diinginkan. Ia merupakan pelan perubatan premier hospital dan pembedahan yang menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sehingga RM1,500,000 sepanjang hayat, bergantung kepada pilihan anda daripada 5 pelan berbeza yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda.

Kos Perubatan Dibayar Sepenuhnya Dengan Ciri “Tiada Ko-Insurans”

Semasa anda beransur pulih setelah menjalani rawatan, anda tidak perlu bimbang lagi. Di Etiqa, kami membayar kos rawatan anda mengikut pelan yang telah dibeli sepenuhnya supaya anda boleh fokus kepada pemulihan dan bukannya bimbang untuk melunaskan bil-bil perubatan anda.

Bonus Tanpa Tuntutan

Sekiranya anda menjaga kesihatan dengan baik, kami akan berikan anda 5% daripada premium tahunan rider, dengan syarat tiada tuntutan dibuat pada tahun sebelumnya, bermula dari tahun ke-3 polisi dan tahun berikutnya.

Pendapat Kedua Perubatan

Kami memahami bahawa pendapat kedua perubatan adalah amat berharga di samping memberikan anda ketenangan fikiran. Kami akan membantu mendapatkan pendapat kedua dari senarai panel kami, supaya anda akan mendapat pakar perubatan terbaik buat diagnosis anda.

Rawatan Perubatan Alternatif

Dapatkan rawatan perubatan alternatif selepas dibenarkan keluar dari hospital, seperti kiropraktor, kiropodi, homeopati, osteopati atau akupunktur daripada pengamal yang berlesen.

Kad Kemasukan Tanpa Tunai

Kad kemasukan hospital tanpa tunai yang memberikan anda akses kepada manfaat dalam pelan ini. Ia bukan hanya satu kemudahan untuk menggunakan kad semua-dalam-satu, malah ia juga memastikan proses daftar masuk dan keluar di hospital panel kami berjalan dengan baik, tanpa tunai dan tiada masalah.

Kelayakan

Orang dilindungi

Usia 30 hari hingga 65 tahun

bottom of page